sekerat kata..

Wednesday 5 October 2011

interaksi 4 : PEMBINAAN UJIAN


SOALAN OBJEKTIF

Definisi:
  • Merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
  • Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:1.Item respon bebas 2.Item respon tetap (item objektif pilihan)
  • Item respon bebas:
    ~Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri.
    ~Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan.
    ~Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
  • Contoh:
  1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
  2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
  • Item respon tetap (item jenis pilihan):
    ~Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat.
    ~Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
    ~Jenis soalan respon tetap:
  1. Format salah betul
  2. Padanan
  3. Aneka pilihan
Format salah betul:

  • Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
  • Contoh:
  1. Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( )

Padanan:
  • Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan.
  • Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab.
  • Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan:
  • Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
  • Jenis item aneka pilihan:
  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan

Panduan pembinaan:
  1. Pokok soalan (stem)
  • Bahasa mudah difahami
  • Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
  • Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
  • Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
  • Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
  2.  Bahan ransangan
  3.  Pilihan jawapan
  • Jawapan yang disediakan haruslah logik.
  • Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
  • Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
  • Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
  • Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
  • Tiada perkataan yg berulang
  • Pastikan satu jawapan shj yg betul


  4.  Distraktor (penganggu jawapan)
  5.  Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan:
  • Mudah disemak
  • Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  • Menguji banyak topik
  • Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  • Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan:
  • Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  • Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  • Sukar untuk dibina
  • Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  • Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  • Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

Definisi :
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

  • Terdapat dua jenis:
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur:
  • Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
  • Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan.
  • Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang.
  • Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei:
  • Aras kesukaran soalan hendaklah setara.
  • Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga.
  • Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif:
  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
  1. Tugas / arahan soalan jelas
  2. Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
  3. Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
  4. Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
  5. Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan:
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan:
  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

No comments:

Post a Comment