JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Definisi JSU
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
Definisi JSU
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
- Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
- Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
- Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
- Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
- Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
- Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU
JSU mengandungi maklumat tentang:
- Bentuk dan panjangnya ujian.
- Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji.
- JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
- Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
- Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
- Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
- Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
- Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
- Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
- Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
- Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
- Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
- Menentukan aras kesukaran
- Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
- Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
- Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
- Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format).
Langkah Lima
- Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
- Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah
- Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
- Menyatakan matapelajaran
- Tingkatan atau kelas
- Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
No comments:
Post a Comment