TAKSONOMI BLOOM
- Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. ia bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi.
- Guru akan membuat soalan yang pelbagai aras bagi menguji tahap berfikir para pelajar.
- Kebanyakkan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif bagi pelajar sahaja.
- Menurut Benjamin S.Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :
- pengetahuan
- kefahaman
- penggunaan
- analisis
- sintesis
- penilaian
ARAS TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)
- Pengetahuan:
~ mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teosi, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-laian daripada pembelajaran lepas.
~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. - Kefahaman:
~ mengubah kefahaman saripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.
~ istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. - Aplikasi:
~menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah hukum, teori dan formula.
~ membina draf daripada data dan lain-lain. - Analisis:
~ sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, keitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi.
~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih. - Sintesis:
~ menyepadu, mencantum idea menjasi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. - Penilaian:
~ membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir atau mengkritik.
~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan, membuktikan dan kritikan.
DOMAIN KRATHWOHL
- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
- Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan
~ Keinginan dan kesanggupan menerima:(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
~ Kesedaran: (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
~ Perhatian terkawal: (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)
~ Objektif am :
1. Mendengar dengan berhati-hati.
2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.
~ Hasil pelajaran spesifik :
1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan
Bertindak balas
- Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
- Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
- Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
- Terdapat 3 kategori :1.Persetujuaan membalas(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)2. Kesediaan membalas(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
- 3. Kepuasan (Mencapai objektif )
Objektif
1. Am
- Melengkapkan kerja
- Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
- Seronok membantu rakan
- Melakukan tugas secara sukarela.
- Dapat menulis isi pelajaran
- Menjawab soalan
- Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)
Menilai
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
- Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
- Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian
- Kategori :1. Penerimaan- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.2. Pilihan- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.3. Penglibatan- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.
Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
- Kategori:1. Penenggapan-Mampu mencipta konsep anstrak.2. Organisasi- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.
- Perubahan tingkah laku positif.
- Kategori:1.Set up – mengekalkan nilai-nilai2.Perwatakan – disiplin diri
No comments:
Post a Comment