Wednesday, 5 October 2011

interaksi 2 : TAKSONOMI & DOMAIN


TAKSONOMI BLOOM
  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. ia bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi.
  • Guru akan membuat soalan yang pelbagai aras bagi menguji tahap berfikir para pelajar.
  • Kebanyakkan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif bagi pelajar sahaja.
  • Menurut Benjamin S.Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :
  1. pengetahuan
  2. kefahaman
  3. penggunaan
  4. analisis
  5. sintesis
  6. penilaian
ARAS TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)
  1. Pengetahuan:
    ~ mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teosi, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-laian daripada pembelajaran lepas.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
  2. Kefahaman:
    ~ mengubah kefahaman saripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.
  3. Aplikasi:
    ~menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah hukum, teori dan formula.
    ~ membina draf daripada data dan lain-lain.
  4. Analisis:
    ~ sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, keitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.
  5. Sintesis:
    ~ menyepadu, mencantum idea menjasi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
  6. Penilaian:
    ~ membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir atau mengkritik.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan, membuktikan dan kritikan.



DOMAIN KRATHWOHL


  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
  • Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :1. Penerimaan
    2. Bertindak balas
    3. Menilai
    4. Organisasi
    5. Perwatakan
Penerimaan
~ Keinginan dan kesanggupan menerima:(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)


~ Kesedaran: (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)



~ Perhatian terkawal: (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)


~ Objektif am :

1. Mendengar dengan berhati-hati.

2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.

3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.

4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.

5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.


~ Hasil pelajaran spesifik :
1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan


Bertindak balas


  • Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
  • Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
  • Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
  • Terdapat 3 kategori :1.Persetujuaan membalas(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)2. Kesediaan membalas(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
  • 3. Kepuasan (Mencapai objektif )


Objektif 


1. Am

  • Melengkapkan kerja
  • Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
  • Seronok membantu rakan
  • Melakukan tugas secara sukarela.
2. Spesifik
  • Dapat menulis isi pelajaran
  • Menjawab soalan
  • Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)


Menilai

  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
  • Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
  • Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian
  • Kategori :1. Penerimaan- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.2. Pilihan- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.3. Penglibatan- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.


Organisasi

  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
  • Kategori:1. Penenggapan-Mampu mencipta konsep anstrak.2. Organisasi- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.
Perwatakan

  • Perubahan tingkah laku positif.
  • Kategori:1.Set up – mengekalkan nilai-nilai2.Perwatakan – disiplin diri

No comments:

Post a Comment